Friday, March 18, 2011

Spaghetti Masak Cara Mudah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Gambar original diambil oleh: MNF Roses Butterfly ஐﻬ 


Spaghetti Masak Cara Mudah

ha.. kita bersambung ya dgn resepi spaghetti yg merupakan antara menu yang disukai oleh family sy..
ni mau share yg simple sgt la cara masak.. almaklumlah mau cepat n guna ja apa2 bahan yg ada d rumah.. Tp hasilnya memng yummy.. sedaapp..

Ha.. siapa2 yg mau masak spaghetti cara mudah bolehla pakai resepi ni.. haha! yg first time mau try pun boleh.. simple sgt 

resepinya.. sekajap ja siap.. tak perlu fikir mau cari bahan lagi..

Ni hidangan mkn tghr my family dua hari lepas.. hehe.. so sempat la snap beberapa gmbr untuk share dgn anda.. Jom kita tgk 

mcm mn mau masak spaghetti cara mudah ni..

Bahan-bahan:

Spaghetti
Sos Tomato
Sos Cili
Cili Giling
Bawang Merah
Bawang Putih
air
Daging Burger @ daging kisar

* ha.. sgt simple kan..

Cara Memasak:

1. Rebuskan spaghetti sehingga lembut (agak2 dh boleh dimakan).
2. Setelah spaghetti masak, toskan dan ketepikan
3 Bahan-bahan (Sos Tomato, Sos Cili, Cili Giling, Bawang Merah, Bawang Putih, Daging Burger @ daging kisar)dimasukkan ke   dalam kuali..
4. Masak sehingga sebati
5. Tambahkan air bila perlu mengikut kepekatan yang disukai
6. Masukkan spaghetti ke dalam pinggan..
7. Bahan-bahan (kuah) yang dimasak tadi dituang sedikit ke atas spaghetti..
8. Spaghetti siap dihidang..
Selamat mencuba..  (๐^.^๐)

 Jom kita lihat gelagat adik-adik saya menikmati spaghetti.. yummy.. (ܫ)    


ஐﻬ Dari dapur MNF Roses Butterfly ஐﻬ

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...